Bina Banglo Tanah Sendiri
Pengenalan Bina Banglo Tanah Sendiri (BBTS)
BBTS adalah singkatan kepada Bina Banglo Tanah Sendiri.
Pakej Bina Banglo Tanah Sendiri ini adalah unik berbanding dengan pakej bina rumah atas tanah sendiri yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat lain. Dengan tanda harga bermula serendah RM128 per kaki persegi, urusan pelan dan pinjaman akan diuruskan seratus peratus oleh pihak Gazi Properties.
Sebagai menghargai pelanggan kami, kami juga membuat penawaran menara tangki air percuma di luar rumah lengkap dengan sistem perpaipan tanpa bayaran tambahan. Tidak perlu lagi risau tangki air bocor di atas siling tandas yang selalunya akan merebak ke siling kapur bahagian lain.
Selain itu, untuk pelanggan sedia ada yang mengupah pihak Gazi Properties untuk membuat pagar jenis chainlink di sekeliling rumah, hadiah pagar simen bernilai sekitar RM2000 hingga RM2500 di sepanjang bahagian hadapan rumah juga akan diberikan percuma.
*pagar maksima 20 kaki panjang
Pakej BBTS ini membolehkan anda memilih sendiri corak mozek dan warna rumah idaman anda. Kami menggunakan cat Jotun atau Bina Paint yang mendapat kelulusan pihak CIDB.
Cashback
Kami di Gazi Properties juga menawarkan cashback iaitu duit belanja untuk naik rumah. Jika anda berminat untuk mengetahui tentang cashback setelah rumah siap dibina, sila klik mana-mana link di bawah ini untuk bertanyakan kepada ejen kami bagaimana caranya.
🏠 wasap.my/60199014133 Kak Chah
🏠 wasap.my/60109240805 Sha
Comments
Post a Comment